Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada 6 dan 7 Jan lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga Indonesia.