Warga China yang bekerja atau tinggal di Sri Lanka mula disuntik vaksin COVID-19 sejak Isnin, menerusi program "spring sprout" yang diumumkan kerajaan China awal bulan lalu. Majlis pelancaran vaksinasi di Colombo dihadiri Duta Besar China, Qi Zhenhong serta Menteri Pengeluaran, Pembekalan dan Pengawalseliaan Farmaseutikal Sri Lanka, Channa Jayasumana yang bersama-sama menyaksikan suntikan dos pertama.