Ketua Kumpulan Geng Nicky, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, dan pembantu peribadinya, Niu Zhe, antara 15 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan memaklumkan, pertuduhan ke atas Nicky dan pembantu wanita warga negara China itu, dijalankan secara ‘in absentia’ kerana mereka masih dalam buruan.