Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola, selamat disemadikan
Pelajar Malaysia, Muhammad Hafidz Abdullah, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Sheffield, United Kingdom pada 8 April lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan malam tadi.
Jenazah Allahyarham yang berusia 36 tahun itu disemadikan kira-kira jam 10 malam dengan dihadiri isterinya, Nazihawati Mohiddin dan dua anaknya serta lebih 50 ahli keluarga dan sahabat terdekat.