Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19.
Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.