Google Malaysia dan Astro AWANI membentuk kerjasama strategik dalam memacu peralihan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan ke arah digital.
Kerjasama strategik melalui ‘Jiwa SME Google AWANI’ ini merangkumi aspek kandungan berita dan hal ehwal semasa, pembangunan kemahiran serta latihan secara virtual kepada para usahawan kecil dan sederhana.