Empat lagi individu yang juga pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kejadian melontar mercun ke arah anggota polis di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, empat suspek berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri berkenaan bermula jam 10 malam hingga 3 pagi Sabtu.