Tidak munasabah untuk menunggu kes COVID-19 di Sarawak mencecah angka sifar atau satu digit.
Pada masa sama tidak mustahil perintah darurat ditarik balik daripada Sarawak jika situasi pandemik di negeri itu mengizinkan.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, dua situasi ini antara kemungkinan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 diadakan dalam masa terdekat.