Polis Serdang akan menyiapkan kertas siasatan berhubung isu Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard ketika Hari Raya Aidilfitri 13 Mei lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud, sehingga kini siasatan masih lagi dijalankan termasuk memanggil Ketua Pengarah terbabit.