Tidak dinafikan selepas lebih setahun bergelut dengan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perniagaan yang terkesan.
Ini termasuklah sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Namun, banyak juga PKS yang mampu bertahan kerana meneroka dan mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian.