Pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membawa pelbagai cabaran kepada pelajar, guru dan ibu bapa.
Di Sandakan, kehadiran pelajar dikatakan menurun daripada 40 pelajar sekelas, kepada sekitar 10 ke 14 orang sekelas tatkala ramai murid tidak mendapat akses kepada peranti atau jaringan internet.
Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang segolongan guru di situ untuk menjadi lebih kreatif, bagi memastikan proses pembelajaran pelajar mereka tidak terganggu.