Pengusaha bas mini henti-henti di Sandakan risau dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. Ini kerana arahan itu akan menjejaskan pendapatan harian mereka.
Dalam tinjauan Astro AWANI di bandar Sandakan, rata-rata pengusaha bas mini henti-henti itu mahu kerajaan ambil kira nasib mereka. Sebagai contoh bantuan sewajarnya diberikan bagi membantu kelangsungan hidup mereka.