Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memaklumkan, 30 trak bergerak vaksinasi akan diaktifkan di ibu negara bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin COVID-19.
Hari ini, di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Dewan Tunku Putera, Padang Terap, Unit Bergerak Vaksinasi COVID-19 Padang Terap dilancarkan dalam memudahkan proses pemberian vaksin terutama ke kawasan kampung dan pedalaman di daerah itu.
Laporannya bersama wakil Astro AWANI Kedah Perlis, Abd Hadi Che Awang.