Lima individu dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana menganjurkan majlis menyambut kelahiran cucu di sebuah rumah di Bedong, Sungai Petani semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasukan pemantau COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah tersebut selepas menerima maklumat daripada orang awam.