Penyelarasan gerak kerja perlu dilaksana secara holistik dalam memastikan tidak ada individu yang terpinggir atau berdepan kesukaran sepanjang proses vaksinasi. Ia selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam supaya aset-aset kerajaan digerakkan bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).