Umno, PAS mahu masuk Sarawak, GPS kata jangan datang - Abang Jo

KiniTV 2022-03-29

Views 2

Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini menolak kemasukan parti-parti yang berpengkalan di Semenanjung seperti Umno dan PAS kerana tidak mahu isu-isu agama dan sensitif dimainkan di negeri itu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg yang juga Pengerusi GPS berkata, isu-isu seperti kontroversi nama arak Timah tidak akan timbul kerana budaya toleransi yang diamalkan rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam bersama delegasi Persekutuan Perniagaan Sarawak dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di Kuching pada Isnin.

Sumber video: https://fb.watch/c2rorb0BI4/

Share This Video


Download

  
Report form