Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil minggu ini berikutan sentimen pelabur mungkin kekal berhati-hati disebabkan kekurangan pemangkin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,595 hingga 1,605 minggu ini.