Perakuan Kesatuan Eropah terhadap Sijil Vaksinasi COVID-19 Malaysia di MySejahtera adalah satu pengiktirafan tinggi terhadap sistem pengurusan vaksin (VMS) negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengiktirafan itu diberi kerana mereka berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan dan kesahihan sistem berkenaan.