Pejuang masih terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti politik mengenai kerjasama untuk PRU-15, termasuk dengan Bersatu, kata Timbalan Presidennya Marzuki Yahya.
Ini selepas Bersatu mengumumkan ia memberi mandat penuh kepada presidennya Muhyiddin Yassin untuk meneroka kerjasama dengan parti politik di luar Perikatan Nasional.