Ibarat tidak sempurna ramadan tanpa kedengan ketukan alat muzik pada waktu sahur di Kampung Bukit Piatu, Melaka.
Tradisi yang dikenali sebagai 'Ketuk-Ketuk Sahur' itu masih diteruskan di kampung berkenaan sejak lebih 75 tahun yang lalu.
Meskipun tidak diketahui secara tepat sejarah awal aktiviti yang menggamatkan suasana sahur di kampung itu, namun ianya masih diteruskan dengan penglibatan semua penduduk, tanpa mengira peringkat umur.