Larry Sng (PBM-Julau) memberitahu Dewan Rakyat bahawa ahli Parlimen yang memenangi kerusi mereka sebagai calon bebas tidak seharusnya tertakluk kepada undang-undang antilompat parti.
Sng berkata jika undang-undang itu digunakan untuk menghalang seorang ahli bebas daripada menyertai parti pada pertengahan penggal, maka ia akan menjadi pencabulan hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan.