PAS hari ini melahirkan keyakinan bahawa perjanjian di antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan pembangkang akan membantu pemulihan negara daripada wabak Covid-19.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut mengingatkan bahawa perjanjian itu terpakai sehingga Parlimen dibubarkan.