Lambakan selbagai fesyen baju siap pakai di pasaran atau dijual secara dalam talian tidak menjejaskan tempahan tukang jahit di kawasan luar bandar untuk digayakan pelanggan pada Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Kebanyakan tukang jahit di Gua Musang, Kelantan sedang tekun menjahit pelbagai fesyen pakaian untuk memastikan tempahan diterima pelanggan dapat disiapkan sebelum diserah menjelang Syawal.