Polis Sarawak menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes rusuhan di sebuah kedai makan di Matang, lewat malam sabtu.
Sumber polis memberitahu, kesemua suspek merupakan rakyat tempatan berusia 26 hingga 40 tahun.
Sebahagian suspek ditahan ketika berada di hadapan premis berkenaan sementara beberapa tangkapan lain dilakukan selepas suspek dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Satok dan Balai Polis Padawan.