Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang kini berada di Singapura untuk lawatan rasmi tiga hari, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Antara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah meningkatkan kerjasama dengan singapura, isu ekonomi, infrastruktur, dan golongan belia.