Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada beberapa badan antarabangsa pada Rabu susulan tindakan biadap tentera rejim Israel menyerang penganut islam palestin di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, surat tersebut akan ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB.