Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pada sesi persidangan pertama dewan negeri Johor yang ke-15.
Pencalonan Mohd Puad dikemukakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghaz dengan disokong ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.