PRU15: 'Runding atau perang bukan Rafizi atau Saifuddin putuskan'

KiniTV 2022-04-27

Views 376

Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan saingannya Rafizi Ramli bahawa keputusan untuk berunding dengan parti-parti luar PH atau 'berperang' pada PRU-15 hanya akan diputuskan oleh parti.

Setiausaha Agung PKR itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rafizi yang berkata pilihan kini di tangan ahli parti sama ada akan memilih calon timbalan presiden yang akan berunding dengan Umno menjelang PRU-15, merujuk kepada Saifuddin.

Sebaliknya kata Rafizi, ahli parti wajar memilihnya sebagai pemimpin no.2 parti jika mahukan pendekatan 'berperang' dengan Umno pada PRU-15.

Sumber video: https://fb.watch/cEvEcioQzC/

Share This Video


Download

  
Report form