Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata tanggungjawab pelaksanaan proses tersebut wajar diserahkan kepada pihak berautoriti.