Usul pindaan perlembagaan UMNO akan dibentangkan Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Perhimpunan Agung UMNO Khas, Sabtu depan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara perkara yang akan dipinda adalah seperti yang telah diluluskan dalam usul Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lepas iaitu menangguhkan pemilihan parti enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.