Kerajaan negeri Kelantan menganggarkan ia memerlukan sekitar RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Menurut Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, peruntukan itu bagi menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer, serta pembinaan loji baharu.