Wilayah Xinjiang merekodkan kadar pemenjaraan tertinggi di dunia, dengan hampir seorang daripada 25 orang di sebuah daerah di Xinjiang, China telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan keganasan.
Agensi berita Associated Press (AP) mengesahkan data baharu yang merekodkan senarai nama lebih 10,000 etnik Uyghur yang dipenjarakan hanya di satu daerah, dari puluhan lagi daerah di selatan Xinjiang.