Lima daripada tujuh sekolah daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin kini dalam proses pembinaan.
Kesemua pembinaan sekolah daif itu dilaksanakan di bawah skim bayaran pendahuluan satu bilion antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sebelum ini dengan jumlah keseluruhan RM36.9 juta.