Terdahulu ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan ruu berkenaan berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda sarawak meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global.
Jelasnya jumlah stok karbon sedia ada yang dikenalpasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).