Kes penipuan Macau Scam di Selangor semakin membimbangkan dengan 156 kes dengan kerugian RM19.8 juta direkodkan dalam empat bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kebanyakan kes melibatkan transaksi dalam talian antaranya penyamaran sebagai penjawat awam dan pembelian barangan.