Seorang kanak-kanak lelaki orang asli dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Brooke di Kampung Teluk Untung, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
Dalam kejadian pukul 11 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Simon, bermain di kawasan rumahnya sebelum disedari hilang oleh ibunya, Aini Sarip, 26 tahun.