Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) akan diinstitusikan sebagai acara tahunan bagi mendengar suara daripada rakyat khususnya golongan muda dan penuntut.
Semua usul yang dibentangkan dalam majlis itu perlu didokumentasikan secara rasmi dalam bentuk nota Kabinet dan akan dibentangkan untuk makluman jemaah menteri, seterusnya diteliti oleh setiap kementerian dan agensi berkaitan.