Polis menahan 22 individu termasuk pelajar kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Jalan Elopura, pusat bandar Sandakan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar daerah itu.