Portfolio kementerian perladangan dan komoditi akan diisi pemimpin Bersatu apabila Zuraida Kamaruddin keluar daripada parti secara rasmi, kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.
Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jawatan itu akan diganti oleh pemimpin Bersatu berikutan bilangan jawatan kabinet yang disandang Bersatu telah dipersetujui antara Ismail dan presiden parti Muhyiddin Yassin.