Orang ramai mengecam tindakan pihak berkuasa yang mengambil masa hingga 45 minit sebelum merempuh masuk ke bilik darjah di Robb Elementary School.
Dalam satu sidang media, pihak berkuasa mengakui, pelajar-pelajar yang terperangkap di dalam bilik darjah dengan seorang lelaki bersenjata telah berulang kali menelefon talian kecemasan 911 termasuk ada yang merayu untuk polis datang segera.