Pinakol antara elemen penting yang perlu ada dalam pemakaian busana tradisi suku kaum Rungus.
Perhiasan berbentuk rantai ini diperbuat daripada manik aneka warna.
Pengusaha Perhiasan Manik Rungus, Erllin Agunchai berkata, Pinakol boleh dikatakan sebagai perhiasan wajib dipakai sewaktu Pesta Kaamatan.