Ahli politik yang menggesa PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan rakyat - itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.
Nazri turut menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri bahawa dia akan menunggu “masa yang sesuai” untuk membubarkan Parlimen.