Jika 10 tahun lalu, Naasah Ahmad hanya fokus kepada mengambil upah jahitan pakaian dan membuka kelas jahitan sendiri.
Namun tahun 2020 menyaksikan penularan pandemik COVID-19 mengubah segalanya.
Bagi meneruskan kelangsungan hidup, nenek kepada empat cucu itu ambil inisiatif menghasilkan produk sendiri dengan mereka cipta dan menjual pelbagai cenderahati dan bag daripada tikar mengkuang.