Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menggesa semua lapisan masyarakat terutama belia, aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau bagi mencapai sasaran sejuta pokok dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, ketika ini hanya sekitar 300,000 pokok bakau ditanam di pesisir pantai di seluruh negara, dan sasaran sejuta pokok perlu dicapai menjelang 2030.