Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd hari ini selangkah lagi menghampiri aspirasi sifar pelepasan karbon, susulan penerbangan pertama pesawat penumpangnya menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).
Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan MAG, Phillip Se berkata, MAG mempunyai inspirasi untuk menjadi peneraju penerbangan menggunakan SAF, bagi merealisasikan komitmen mereka mencapai pembangunan sosio-ekonomi negara ini.