Susulan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 harus ditangguhkan sehingga fasa peralihan endemik, mendapat reaksi ramai pihak.
Tinjauan di Kedah mendapati rata-rata bersependapat dengan Ahli Parlimen Rembau itu dan desakan untuk mengadakan segera PRU ke-15 bukan nya daripada rakyat, sebaliknya di kalangan ahli politik dan parti politik tertentu.