Selain usaha menanam pokok bakau, pelupusan bot dengan menjadikannya tukun tiruan juga antara usaha jangka panjang dalam memelihara ekosistem laut.
Bukan sahaja bertujuan menambahkan hasil laut negara, usaha oleh Maritim Malaysia itu bermatlamat memastikan hidupan laut termasuk penyu terus terpelihara dan tidak berdepan pelbagai ancaman termasuk kepupusan.