TUJUH tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.
Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut.