Mahkamah | Tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung

AWANI 2022-06-12

Views 0

Tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah mengedar 134.6 gram dadah jenis metamphetamine di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38 tahun, Ismail Jusoh, 47 tahun, dan Mat Zainudin Mansor, 38 tahun pada keputusan di akhir kes pembelaan.

Share This Video


Download

  
Report form