4 Mac lepas beberapa kampung di Mukim Tatalaan terputus hubungan selepas dilanda banjir luar biasa yang mengakibatkan 5 buah jambatan di kawasan itu dihanyutkan air.
Kini jalan darat sepanjang 45 kilometer yang menghubungkan Keningau dan Mukim Tatalaan sudah boleh digunakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya , Datuk Arthur Joseph Kurup bagaimanapun memaklumkan pembinaan lima jambatan yang hanyut memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan.